May 19, 2010

Apa nak dikata?

Sekarang ni aku tengah berjuang habis-habisan agar sekurang-kurangnya sebuah novel aku dapat diterbitkan sebelum aku mendaftar masuk ke universiti pada lewat bulan Jun. Untuk Hantu Merah, aku masih belum berputus asa terhadap karya tersebut. Setakat ni, aku berurusan dengan pihak PTS One berkenaan karya tersebut. Menurut editor yang berurusan dengan aku tu, karya pertama aku tu masih lagi dalam proses penilaian. Aku juga telah menghantar rumusan jalan cerita bagi novel Wirawati Mimpi kepada Karnadya. Setakat ni, aku dah pun siapkan empat bab bagi novel tersebut, bermakna tinggal sekurang-kurangnya enam bab lagi. Kemungkinan judul bagi novel aku yang satu ni hanya berperanan sebagai judul kerja (working title). Apa-apa hal, tunggu sajalah apa yang akan berlaku seterusnya. Aku harap salah satu impian aku ni akan tercapai. Amin.

May 4, 2010

Hantu Merah - novel update 4

Sekarang ni aku tengah edit semula novel Hantu Merah. Setakat ni dah enam bab aku edit termasuk satu bab yang aku skip, tak nak edit. Sebenarnya tak adalah ubah apa sangat. Cuma ubah ayat dia saja biar nampak lebih menarik dan memuaskan hati aku sendiri. Jadi, sekarang tinggal empat bab saja untuk aku edit sebelum menghantar manuskrip tersebut kepada syarikat lain pula memandangkan Karnadya dah tolak novel ni manakala Alaf 15 pula tidak memberikan sebarang maklum balas.

Inilah nasib bila tak ada nama. Asyik disisihkan oleh pihak lain. Bila aku tengok balik pengkarya yang dah ada nama, asal ada tulis novel saja, terbit. Asal ada tulis novel, terbit. Seolah-olah tak kisahlah cerita dia tu menarik ke tak, sebab dah ada nama, mesti terbit dan mesti orang beli dan kata cerita tu bagus. Berbanding dengan orang macam aku, nak terbitkan novel pertama bukan main susah lagi. Ini tak kena, itu tak kena. Tak menepati kriterialah. Benda ni seolah-olah sesuatu yang mesti dilalui oleh orang yang belum mencipta nama tak kiralah dia berbakat ke tak, cerita dia seronok dibaca ke tak.