Sekarang ni aku tengah edit semula novel Hantu Merah. Setakat ni dah enam bab aku edit termasuk satu bab yang aku skip, tak nak edit. Sebenarnya tak adalah ubah apa sangat. Cuma ubah ayat dia saja biar nampak lebih menarik dan memuaskan hati aku sendiri. Jadi, sekarang tinggal empat bab saja untuk aku edit sebelum menghantar manuskrip tersebut kepada syarikat lain pula memandangkan Karnadya dah tolak novel ni manakala Alaf 15 pula tidak memberikan sebarang maklum balas.
Inilah nasib bila tak ada nama. Asyik disisihkan oleh pihak lain. Bila aku tengok balik pengkarya yang dah ada nama, asal ada tulis novel saja, terbit. Asal ada tulis novel, terbit. Seolah-olah tak kisahlah cerita dia tu menarik ke tak, sebab dah ada nama, mesti terbit dan mesti orang beli dan kata cerita tu bagus. Berbanding dengan orang macam aku, nak terbitkan novel pertama bukan main susah lagi. Ini tak kena, itu tak kena. Tak menepati kriterialah. Benda ni seolah-olah sesuatu yang mesti dilalui oleh orang yang belum mencipta nama tak kiralah dia berbakat ke tak, cerita dia seronok dibaca ke tak.
May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment