Apr 26, 2010

Sekarang ni aku rasa agak susah untuk menyiapkan satu muka surat manuskrip. Otak aku rasa berserabut dalam beberapa hari ni. Plot dan jalan cerita memang sentiasa ada dalam kepala aku tapi bila aku nak buat ayat, aku rasa tak selesa. Aku tak pasti sama ada hal ini didorong oleh sikap malas atau pun aku mahukan keadaan yang sunyi. Maklumlah, rumah aku ni sentiasa riuh-rendah dan aku rasa itu merupakan satu faktor kenapa aku rasa berserabut bila mahu menulis.

Bila aku seorang diri berjaga pada waktu malam, aku rasa aku boleh menulis dengan lancar tapi sayangnya, aku mahu jadual aku menjadi teratur, jadi aku tak mahulah berjaga sampai pagi. Ianya tidak baik untuk kesihatan mental, fizikal, dan emosi aku. Hidup pun rasa serba tak kena bila tak tidur malam.

Aku betul-betul mahukan satu bilik yang sunyi sahaja dimana hanya aku seorang berada dalam bilik tersebut. Namun, kemahuan aku tu hanya tinggal kemahuan kerana rumah aku ni, walaupun ada banyak bilik, tetapi tiada satu pun yang kosong. Semua bilik berpenghuni. Bilik aku pun jadi 'habitat' adik aku, jadi aku tak dapatlah rasa sunyi dan privasi yang aku idam-idamkan.

No comments:

Post a Comment