Apr 7, 2010

Hantu Merah - novel update 3

Akhirnya aku mendapat jawapan daripada pihak Karnadya mengenai karya aku yang bertajuk Hantu Merah dan jawapannya konklusif tetapi tidak memuaskan hati. Mereka telah menolak karya aku. Kata mereka karya aku tidak menepati kriteria-kriteria yang mereka mahu. Hairan juga. Kenapa bila aku hantar sinopsis cerita, mereka kata mereka berminat tetapi apabila aku hantar manuskrip penuh, mereka kata tidak memenuhi kriteria pula.

Apa-apa pun aku agak kecewa kerana karya pertama aku tidak dapat diterbitkan oleh mereka. Nampaknya memang betullah kata sesetengah penulis bahawa nak jadi penulis ni bukannya senang. Ada seorang penulis mengatakan dia dah mencuba berkali-kali sebelum karyanya akhirnya berjaya diterbitkan buat kali pertama. Ini adalah kegagalan kali kedua buat aku dalam usaha mencuba-cuba untuk menjadi seorang penulis. Kegagalan pertama aku adalah apabila sinopsis cerita aku ditolak (oleh syarikat yang sama).

Apa-apa pun, aku masih belum mengalah dengan usaha pertama aku ini. Aku telah menghantar karya yang sama kepada syarikat yang lain pula yakni Alaf 15 dan harapnya mereka berminat untuk menerbitkan karya sulung aku ini. Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment